Wednesday 31 July 2013

Promosi Julai 2013 : GLA Complex Shaklee



Promosi..promosi..promosi.....promosi bulan Julai 2013 kini kembali dengan GLA Complex Shaklee. Produk yang sangat2 laris buat masa kini. Dengan pembelian sebanyak 6 unit anda akan dapat 1 free...x nak ker?....rugi okay kalau tak amalkan GLA Complex ni. Selain membantu untuk kesuburan wanita ianya juga membantu wanita yang mengalami masalah haid dan sengugut di samping baik untuk sesiapa yang ada masalah cyst dan fibroid. Saya sendiri dah amalkan GLA ni dan memang ada kesannya. Anda boleh baca kehebatan GLA Complex ni dan testimonial pengguna yang menggunakannya...Testimonial saya juga ada di sini.....



Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Sunday 28 July 2013

Asid folik diperlukan wanita mengandung


Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin diperkuat dengan asid folik.

Asid folik amat diperlukan oleh wanita mengandung kerana asid folik menolong bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

" Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi safar tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal."

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Dalam trimester kedua pula iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Walaubagaimanapun, sekiranya anda meneruskan pengambilan asid folik sepanjang kehamilan tidak menjadi kesalahan.

Bagi anda yang merancang untuk hamil, adalah dinasihatkan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari dan kemuadian teruskan pengambilannya untuk 12 minggu pertama kehamilan. Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecaacatan yang sama. Oleh yang demikian, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan bagi mengawal epilepsi, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Sumber asid folik dalam makanan

Asid folik, ibu mengandung
Sumber Asid Folik
Makanan yang mengandungi 100-200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • Bayam, 1 cawan
  • Kacang bendi, setengah cawan
  • Asparagus, setengah cawan
  • Lentil, setengah cawan
  • Hati, 1 keping
  • 11 batang taugeh brussels
  • Kacang mata hitam, 4 sudu makan
  • Emping bran, 7 sudu makan
  • Germa gandum, 25g/1 aun
  • Betik sederhana besar
Makanan yang mengandungi 50-100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • Brokoli kukus, 2 pucuk
  • Buah oren saiz besar
  • Nasi putih, setengah cawan
  • Kacang merah, setengah cawan
  • Jagung saiz besar,1
  • Biji bunga matahari
Sumber lain: Telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Peringatan!

Asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak. Oleh yang demikian, masaklah dalam kuali bertutup degan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan sumber-sumber berikut, anda boleh mendapatkan sumber asid folik bersama-sama dengan supplement B-Complex Shaklee yang diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik di samping mencegah tekanan darah merah di kalangan wanita hamil.

Kredit
Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Friday 26 July 2013

Set Hamil/Mengandung Shaklee

Sumber : Google
Mengandung adalah idaman setiap wanita yang sudah berumahtangga. Nikmat mengandung memang dinantikan oleh semua wanita. Siapa yang tak nak anak kan...semua nak....tapi kadang2 ada wanita yang mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan...ada yang 2,3 bulan..ada juga yang berterusan dan ianya mengganggu tugas harian terutama bagi wanita yang bekerjaya. Wanita yang mengalami alahan ni biasanya tida selera makan dan badan pun jadi lemah sepanjang hari.

Bagaimana untuk mengatasinya? Di Shaklee ada beberapa vitamin yang dicadangkan bagi wanita yang mengalami 'morning sickness' ni bagi mengurangkan alahan yang di alami.


Berikut adalah SET ASAS HAMIL yang dicadangkan bagi anda yang berada di TRIMESTER PERTAMA kehamilan.


1. Vitalea
  • Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

2. B-Complex
  • Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vtamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

3. Vitamin C
  • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

4. Ostematrix
  • Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ia adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium tetapi juga magnesium dan vitamin D. Vitamn D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan Ostematrix juga menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.

5. ESP
  • Merupakan minuman protien yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. ESP memberi tenaga kepada si ibu dan juga mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu yang mengandung juga.

Bagi ibu mengandung yang telah mencapai di Trimester 2 dan 3 adalah digalakkan untuk menambah vitamin Omega Guard yang boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Thursday 25 July 2013

Khasiat bawang putih dan Garlic Shaklee


Bawang Putih

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan.
Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang membentuk satu rumpun bebawang.

Antara khasiat bawang putih adalah:
  • Membantu membunuh parasit
  • Membantu dalam sistem pernafasan
  • Perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah
  • Mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser
  • Mengurangkan penyempitan kolesterol dan saluran darah dalam kardiovaskular manusia
  • Dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk
  • Sebagai antibiotik
  • Dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur  darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
  • Membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan)
  • Menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam badan.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang tidak boleh makan bawang putih @ garlic ini yang diletakkan dalam makanan atau makan begitu sahaja, anda boleh mengambil bawang putih ini dalam bentuk supplement iaitu Garlic Shaklee.


Khasiat Garlic Shaklee:

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dngan menurunkan kolesterol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit koronari.
  • Menstabilkan glukos
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2 hingga 4 tablet garlic dapat menurunkan darah tingi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengelurakan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imum tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, virus dan vis Candida.

                                     Pantang untuk pengamal suplement Garlic

  • Ia tidak toksik tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu. Oleh itu ia perlu diambil bersama makanan.
  • Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Garlic, walaupun tiada rekod yang menyatakan garlic boleh membahayakan ibu dan bayi.
  • Ibu menyusu juga perlu hati2 dalam pengambilan Garlic kerana kandungan garlic dalam susu ibu boleh menyebabkan bayi kembung. 
Kredit

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Monday 22 July 2013

Khasiat buah lemon



Buah sitrus lemon bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah mempunyai 1001 manfaat boleh didapati untuk menjaga kecantikan muka dan tubuh badan.

Antara khasiat lemon ialah:

Rawatan kulit berjerawat
Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Tangan & kuku yang cantik
Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan!

Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku
Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri perubahannya.

Kurangkan berat badan
Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari.

Atasi rambut nipis dan berkelemumur
Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jik anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.

Membunuh sel kanser dan rawatan cyst
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh membunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy. Bagi pesakit2 yang mengalami pelbagai jenis ovarian cyst termasuklah endometriosis, adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh  tiga kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat perubahan.
Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengamalkan air lemon ni, Shaklee menawarkan GLA Complex bagi anda yang menghadapi masalah cyst dan fibroid. Ada banyak testimonial daripada pengguna GLA Complex termasuk saya sendiri di mana cyst saya telah pun kecut!...Anda bila lagi? Ada banyak khasiat GLA ni sebenarnya..tidak hanya untuk kesuburan sahaja..


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Wednesday 17 July 2013

Set Penyusuan Shaklee



Bagi ibu-ibu di luar sana yang baru sahaja melahirkan anak dan menghadapi masalah dengan kuantiti susu yang sedikit, Shaklee ada vitamin@produk yang boleh membantu ibu-ibu di luar sana. Terdapat 4 jenis set penyusuan yang boleh anda cuba mengikut kesesuaian badan anda. Mungkin penerangan di bawah dapat membantu anda ibu-ibu di luar sana untuk berusaha meningkatkan kuantiti dan kualiti susu anda. :)


Terdapat EMPAT jenis Set Penyusuan:

1) SET B
  • Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, dan Alfalfa
  • Untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah eczema.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan (cirit-birit) dengan alfalfa.
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  • Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat


2) SET EU FOUR PACK
  • Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
  • Sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu
  • Dapat membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur

3) SET E
  • Terdiri daripada Vitalea, B complex, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yang secukupnya kepada ibu
  • Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  • Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
  • Memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan milk booster 

4) SET 3M 
  • Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
  • Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
  •  Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
  • Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation - contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Tuesday 16 July 2013

Apa itu Kalsium?



Apa itu Kalsium?
Kalsium merupakah antara mineral yang terbanyak didalam tubuh badan kita. Kita perlu memastikan tubuh badan kita mendapat kalsium yang mencukupi daripada makanan untuk keperluan membina tulang dan gigi. Ini bagi mengelakkan kerosakkan tulang pada usia tua kelak. 
Badan juga memerlukan kalsium untuk otot untuk bergerak dan saraf untuk membawa mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk membantu saluran darah bergerak darah di seluruh badan dan untuk membantu pembebasan hormon dan enzim yang menjejaskan hampir setiap fungsi dalam badan manusia.

Sumber Kalsium
Produk tenusu adalah antara sumber kalsium yang paling banyak. Bagi orang dewasa, kita perlu memastikan mengambil sekurang kurangnya 3 hidangan dalam masa sehari yang penuh dengan kalsium. Untuk remaja, kanak kanak dan wanita mengandung serta warga emas, hanya memerlukan sekurang kurangnya 4 hidangan sahaja kalsium dalam masa sehari. 
Banyak sebenarnya sumber makanan yang penuh dengan kalsium ni. Sama ada dari produk tenusu ataupun bukan tenusu. Contoh kalsium dari produk tenusu adalah :  keju, susu, aiskrim, yogurt dan sebagainya. manakala produk yang bukan dari tenusu adalah seperti ; kalsium yg terdapat didalam susu soya, ikan bilis, sardin, jus dan sebagainya. 
Sumber Kalsium
Fungsi Kalsium
Kalsium ni berfungsi untuk 
1. Pembentukkan tulang dan gigi
2. Mempertahankan struktur normal sel
3. Penyampaian pesan syaraf
4. Kontraksi Otot Jantung
Kesan kekurangan Kalsium

Kesan kekurangan Kalsium

  • Sakit sendi
  • Kuku senang patah
  • Ekzema
  • Kenaikan paras kolesterol dalam darah
  • Tekanan darah tinggi
  • Insomnia
  • Kekejangan otot
  • Kebas tangan dan kaki
  • Gemuruh
  • Rheumatoid arthritis
  • Gigi mereput
  • Depresi
  • Hyperaktif

Anda ada masalah berikut? Apa kata dapatkan OsteMatrix Shaklee bagi mengatasi masalah kekurangan kalsium di dalam badan anda. Mungkin ada di antara anda yang menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber kalsium dalam bentuk makanan so boleh dapatkannya dalam bentuk supplement.



Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Fakta buah kurma yang perlu anda tahu



Fakta BUAH KURMA yang perlu anda tahu

  • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
  • Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.
  • Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  • Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  • Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  • Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  • Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
  • Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
  • Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
  • Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
  • Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
  • Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
  • Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
  • Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
  • Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?
  • Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
  • Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
  • Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
  • Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
  • Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
  • Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?
  • Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
  • Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
  • Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
  • Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
  • Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
  • Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
  • Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
  • Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Khasiat OsteMatrix Shaklee

Khasiat ostematrix, kalsium, kuatkan tulang dan gigi, pengecutan otot, pelancaran saraf

Kenapa OsteMatrix Shaklee penting untuk anda amalkan?

  • Untuk membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  • Vitamin D penting untuk merawat penyakit rickets. Malahan, ia juga membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal
  • Bagi mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu berusia lebih daripada 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak, sangat dinasihatkan untuk mengambil supplemen Vitamin D.
  • Magnesium adalah ion positif yang penting dalam tubuh anda. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Malahan, ia juga turut membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Siapa yang Perlukan Ostematrix 
  • Bagi ibu hamil - penting untuk menyokong tumbesaran tulang bayi dalam kandungan 
  • Membantu mengatasi masalah kaki cramp 
  • Bagi ibu yang hamil, mengelakkan kesakitan gigi semasa hamil 
  • Membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan di dalam pantang 
  • Membantu dalam penghasilan susu ketika si ibu yang masih menyusu datang period (susu lazimnya akan merundum ketika period)
  • Mereka yg ada alahan terhadap pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu. 
  • Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum. 
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur. 
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi. 
  • Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki. (Rekahan tumit kaki mencacatkan pemandangan mata)
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.(Perkara yang paling orang perempuan tak suka bila datang haid)
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari. 

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Saturday 13 July 2013

Cara minum ESP: Mudah dan lazat


Tak dinafikan ESP adalah merupakan antara produk yang sangat laris. Terdapat banyak khasiat ESP ni. Di samping bagi mereka yang nak mengekalkan bentuk badan yang cantik (Set Slimming), ESP juga boleh membuatkan kulit anda nampak berseri-seri dan cantik.

Untuk makluman semua, ESP ni datang dalam bentuk serbuk so ada pelbagai cara nak minum mengikut kesukaan dan kegemaran anda. Sekiranya anda jenis yang tak boleh nak minum ESP ni tanpa perisa lain, bolehlah mencuba dengan mencampurkan serbuk ESP ni dengan perisa lain.

Berikut adalah antara cara minum ESP yang boleh anda amalkan.
  1. ESP + Air suam
  2. ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Milo
  4. ESP + Fresh Milk + Kurma (kurma direndam terlebih dahulu dan boleh dipotong kepada saiz yang lebih kecil ataupun di blend)
  5. ESP + Twister Oren 
  6. ESP + Ribena
  7. ESP + Nesvita 3 in 1
  8. ESP + campuran buah-buahan dan blend 
  9. ESP + Horlicks
  10. ESP + Nestle Bliss
  11. ESP + Mealshake/Performance Drink/Cinch Shake

PERHATIAN!
  • Jangan bancuh ESP dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh menghapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu dikuatiri tak larut dan berketul-ketul 

 SUKATAN
  • Sukatan : 1 sudu besar ESP (1 atau 2 kali sehari) 

kredit : cikjatt

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331


Friday 12 July 2013

Ekzema dan rawatan



Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Terdapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih:4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.

6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk
  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema: Dalaman

Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema.


Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk.Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA. Kebaikan bagi merawat ekzema:

Omega Guard: Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang.  

ESP: Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema. 

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Kredit : welovesusuibu
 

Apa itu jerawat dan punca terjadinya jerawat

Apa itu Jerawat?

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher diditumbuhi jerawat.


Hormon dan jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namum demikian, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama  APropionibacterium acnesA pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai APropionibacterium acnesA yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalan tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit. 

Stress dan jerawat 
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon adrogen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. 

Alat solek dan jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar pada kulit tetapu jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. 

Matahari dan jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbat liang roma. 

Pakaian dan jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat. 


Sumber : drhassenah


Tetapi anda tidak perlu risau dengan masalah jerawat yang anda hadapi kerana Shaklee ada vitamin yang boleh menyelesaikan masalah jerawat anda.

GLA ~ Mampu memulihkan kulit  yang rosak
Vita E ~ Menghilangkan parut
B-Complex ~ Penyebab jerawat adalah kurang B6
Vitalea ~ Chromium bantu metabolisma gula. Metabolisma gula yang tidak stabil akan menyebabkan jerawat
Zinc ~ Boleh mengurangkan dan mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Thursday 11 July 2013

Testimonial : Kembali bertenaga di bulan puasa



Salam Ramadhan semua. Semoga anda semua dirahmati Allah hendaknya. Sebelum ni saya ada buat satu entri berkaitan mengekalkan tenaga di bulan puasa dengan ESP, Shaklee dan Performance Drink Shaklee. So hari ni just nak share a few testimonial daripada pengguna yang dah amalkan vitamin-vitamin berikut bagi terus kekal bertenaga di bulan puasa. Jom kita baca testimonial daripada pengguna ni.











Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Sunday 7 July 2013

Testimonial : Tiada lagi jerawat dengan GLA, Vitamin E dan ESP



Di sini saya nak share satu testimonial daripada seorang pengguna GLA, Vitamin E dan ESP di mana tiada lagi masalah jerawat setelah menggunakan vitamin-vitamin tersebut. Ini adalah contoh terbaik penggunaan vitamin Shaklee yang boleh mendatangkan kesan positif jika diamalkan dengan konsisten.

" Hari nie Mamasara Sara nk jd testimony diri sendiri la sb ada org kata sblm bli tgk org yg jual dulu cantik sgt ke???? Tp x pe mama angap tue sebagai pemangkin semanat Mamasara sara. No edit.no make up, no bedak2 no foundation, no camera 360 or anything.
Syukur alhadulillah sejak mama amalkan shaklee.kulit wajah dh jarang sgt naik jerawat, melainkan kalo bendera merah la tue pun satu dua.je. x mcm sebelum nie.. nk kuar umah pun malu jerawt penuh dkt dahi.siap jd hitam2 lg tue... memg rasa down sgt la.. dh la keje mama hari2 jumpa org. receptionist kn.hehehhe... tp skrg tidak lg.. hari2 mama ceria.. sb mama ada vita e, esp dan gla complex. Shaklee."


Anda bila lagi? Masih ragu2? Sememangnya vitamin GLA, Vitamin E dan ESP memang antara produk panas  yang menjadi pilihan setiap bulan. Jangan ketinggalan dapatkan promosi Julai 2013 GLA. Rugi kalau tak dapatkannya sekarang.


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331



Thursday 4 July 2013

Panduan/Tips makan vitamin di bulan puasa


Sempena bulan Ramadhan yang dah nak tiba ni, pasti ada yang tertanya2 tips untuk mengamalkan atau makan vitamin2 yang biasa kita makan sebelum ini. Di sini saya nak share beberapa tips untuk anda sebagai bekalan di bulan puasa nanti. Bulan puasa bukan alasan untuk kita tak makan vitamin yer. Mesti diteruskan cuma waktunya sahaja ditukarkan mengikut kesesuaian.



TUKARKAN!

Selepas breakfast ~ Selepas berbuka puasa
Vitalea 1 biji, B-Complex, Vita C
 
Selepas lunch ~ Selepas terawih (moreh)
Lecithin 3 biji, GLA 1 biji
 
Selepas dinner ~ Sahur
ESP : 1x sahur; 1x sebelum tidur (Bancuh 1 sudu besar dalam 1 gelas plain water/susu/jus/milo) add ONN mealshake 1 sudu
jika ada
minum segelas Performance Drink
alfalfa 3 biji, zinc 1 biji 

Sebelum Tidur 
Ostematrix 4 biji, Omega 1 biji

TETAPI!
* Vitalea tidak boleh diambil bersama susu/ostematrix/ESP
* Vitamin E tidak boleh bersama-sama Alfalfa
* Pastikan minum air kosong sebanyak mungkin   



Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Kekalkan tenaga di bulan puasa bersama ESP, Performance Drink dan Mealshake


Bulan puasa dah nak tiba tak lama lagi. Teringin tak anda nak kekalkan tenaga di bulan puasa nanti? Sebagai seorang yang berkerjaya tak kira lah lelaki atau perempuan, bila balik kerja mesti penat kan...kalau perempuan nak balik masak untuk juadah berbuka pula...bagi yang ada anak2 nak melayan karenah anak2 lagi...mesti penat kan.....so apa kata amalkan produk2 Shaklee yang boleh membantu anda mengekalkan kecergasan di bulan puasa nanti.

ESP (Energy Soy Protien)
ESP boleh membantu  mengekalkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.



Performance Drink
Performance Drink Shaklee membantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Rasa oren yang segar pasti membuatkan anda lebih seronok nak alakna Performance Drink ni. Cubalah.....Mesti anda sentiasa cergas sepanjang bulan puasa nanti seolah2 bukan di hari puasa!


Mealshake
Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Mealshake sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga.

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Wednesday 3 July 2013

Testimonial : Kehamilan, masalah wanita, kecantikan dengan GLA Complex



Pada anda yang masih belum mencuba GLA Complex ni, jom ramai2 kita amalkannya. Bukan setakat untuk kehamilan, GLA juga membantu mengatasi masalah wanita seperti cyst, fibroid,hadi tidak teratur dan lain-lain. Selain itu membuatkan kulit anda lebih halus dan cantik.

Jangan buang masa lagi. Saya sendiri dah mengamalkannya dan mendapat kesan yang positif. Anda bila lagi? Jangan biarkan penyakit berlarutan tanpa rawatan. Jom baca testimonial daripada pengguna GLA Complex ini.








Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Monday 1 July 2013

Kehebatan Performance Drink Shaklee


Berikut adalah antara fakta menarik berkaitan Performance Drink Shaklee untuk anda ketahui:

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektroklit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis korbohidrat bagi tenaga dan stamina

3. Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi  formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6.  Ia bukan sahaja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tetapi sesuai un tuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas matahari. Kanak-kanak yang demam pun digalakkan mengambil Performance Drink Shaklee ni bila demam sebab kanak-kanak yang demam ni biasanyua tak ada selera nak makan dan minum so Performance Drink Shaklee ni membantu cegah dehydration.


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Masalah sendi? Advanced Joint Health Tablet ada jawapannya

penawar penyakit sendi

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.


Berikut adalah antara kebaikan daripada pengambilan Shaklee Advanced Joint Health Tablet:

  • Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5
  • Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka
  • 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen. Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam badan.
  • Meningkatkan keupayaan 'kusyen' dengan glukosamin dari ekstrak boswellia, jadi anda bebas bergerak
  • Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi
  • Memperbaiki fungsi sesendi
  • Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.

Untuk hasil yang berkesan, disaranakan untuk mengambil dua tablet sehari bagi setiap hidangan.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes