Monday, 3 October 2016

Home » » 9 Tanda Kanser

9 Tanda Kanser


Kanser satu penyakit yang ditakuti. Mendapat penyakit kanser ibarat menunggu hukuman mati. Penyakit kanser sekarang seperti dah biasa kita dengar . Tetapi adakah kita peka dengan tanda-tanda penyakit kanser?


Tanda-tanda Kanser
  1. Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid
  2. Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara
  3. Perubahan amalan membuang air besar
  4. Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini
  5. Suara garau lebih daripada dua minggu
  6. Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengarah atau telinga yang berdengung
  7. Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut
  8. Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan
  9. Batuk yang berterusan dan kahak berdarah
  10. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ia tidak semestinya kanser. Pastikan ia bukan kanser dengan mrndapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Bagaimana Mencegah Kanser?
  1. Jangan merokok
  2. Makan makanan yang seimbang- kurang lemak dan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  3. Kekalkan berat badan yang optimum dengan senaman
  4. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  5. Elakkan seks dengan berbilang pasangan
  6. Elakkan makan sirih dan/atau menyentil tembakau
  7. Pastikan anak anda dapat imunisasi Hepatitis B yang lengkap
  8. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  9. Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda amaran kanser
  10. Pastikan mengamalkan langkah-langkah kesihatan ini untuk menjauhi kanser

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes