Umum dah tahu yang pengambilan produk soya adalah baik untuk kesihatan. Terdapat banyak manfaat daripada pengambilan produk soya yang berterusan termasuklah perlindungan terhadap penyakit kanser payudara, kanser prostat, gejala menopause, serangan jantung dan osteoporosis. Untuk makluman semua, segala manfaat kesihatan tersebut datangnya dari Isoflavones.
Apa itu Isoflavones?
Isoflavones mempunyai
struktur kimia yang sama degan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.
Cara terbaik untuk mengambil isoflavones adalah
dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat dari kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi dari kacang soya dan tempe! So, makanlah tempe selalu....:)
Manfaat kesihatan Isoflavones
1. Mengurangkan gejala menopause
2. Mengurangkan risiko serangan jantung
Isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati.
3. Meningkatkan kesihatan tulang
4. Mengurangkan risiko kanser
Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavones bertindak melawan sel-sel kanser seperti rawatan untuk kanser.
5. Isoflavones dari sumber tumbuhan
Isoflavones dapat ditemui pada banyak makanan dan sumber terbaiknya adalah kacang soya.
6. Isoflavones adalah antioksidan
Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA.