Saturday 15 June 2013

Home » , , , , , , » Set Slimming Shaklee

Set Slimming Shaklee


Masalah kegemukan @ obesiti amat membimbangkan. Statistik menunjukkan Malaysia mempunyai masalah kegemukan tertinggi di kalangan negara ASEAN manakala ke-6 di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan Malaysia menghadapi masalah kegemukan yang amat membimbangkan. Faktor makanan dan tanpa kawalan adalah antara punca masalah kegemukan ini meningkatkan. 




Ada banyak cara dan produk2 kesihatan yang boleh membantu mengurangkan berat badan di pasaran. Terpulang kepada kita untuk memilih yang terbaik dengan badan kita. Di Shaklee, terdapat beberapa produk yang boleh membantu anda untuk merealisasikan impian anda untuk tampil lebih kurus dan menarik.  Kombinasi produk2 yang ada ini mampu untuk mengurangkan berat badan anda. 

Terdapat 3 proses utama iaitu detox/buang, bina dan bakar. Untuk lebih lanjut jom kita kenalpasti produk-produk yang terlibat dalam proses mengurangkan berat badan ini.

Slimming Set Shaklee

kuruskan badan, obesiti, kegemukan, bakar lemak, buang lemak


1. DETOX/BUANG

Proses Detox adalah sangat penting kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan di mana detox ini adalah satu proses untuk membersihkan usus. Segala toksin dalam badan, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas usus dibersihkan, barulah segala nutrien yang baik akan mudah diserap ke dalam badan pada tahap maksimum. Jika anda menghadapi masalah sembelit, herb-lax dan alfalfa adalah pilihan yang terbaik. Tetapi bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, pengambilan herb-lax adalah tidak sesuai. Walaubagaimanapun, kepada ibu yang menyusukan, boleh melalui proses detox dengan mengambil Alfalfa. Apabila usus telah dibersihkan dan dicuci sepenuhnya, ia dapat mengelakkan perut dari buncit selain dari memudahkan proses penghadaman.

Bagi proses detox ini anda boleh memilih samaada Herb-Lax, Alfalfa ataupun Fiber. Untuk mendapatkan kesan yang baik Fiber adalah pilihan terbaik. Fiber akan memanjangkan tempoh makanan di dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap air lebihan air dan lemak dalam badan dan memudahkan proses penghadaman.


2. BINA/PROTEIN

Shaklee menawarkan 2 produk yang mengandungi protein terbaik sebagai makanan tambahan untuk anda yang ingin menguruskan badan. Cinch Shake adalah antara minuman protein berperisa yang sedap dan hanya sesuai diambil oleh ibu yang tidak menyusukan bayi. Kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Oleh yang demikian, bagi ibu yang menyusukan bayi, adalah disarankan mengambil ESP. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35% selain membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan meningkatkan perkembangan otot. Protein juga mampu menjaga nafsu makan kita dan menjaga otot supaya bebas lemak.


3. BAKAR/LECITHIN

Shaklee telah menyediakan 2 vitamin pilihan bagi proses membakar lemak dan memecahkan lemak serta menghalang penyerapan minyak dalam badan. Kedua-dua vitamin ini sesuai diambil oleh semua peringkat. OmegaGuard dan Lecithin adalah pilihan terbaik untuk membantu proses bakar. 

Omega Guard mampu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama di mana ianya berfungsi sebagai agen yang mampu membuatkan anda kurang selera makan selain membantu meecahkan lemak.

Lecithin pula berfungsi sebagai pelarut kolestrol dan lemak-lemak tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan.


Gabungan ketiga-tiga produk ini membolehkan anda mendapatkan berat badan yang ideal selain menjaga pemakanan seharian anda. Banyakkan minum air dan senaman juga membantu ke arah proses tersebut. Amalkan gaya hidup yang sihat di samping mengawal pemakanan anda.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes