Friday 21 June 2013

Home » » Fungsi air dalam badan

Fungsi air dalam badan



Pernah tak anda rasa mengantuk selepas makan tengahari? Kenapa?

Mengantuk selepas makan adalah biasa yang dialami kebanyakan orang selepas tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengahari. Akan tetapu masih ramai yang tidak tahu, masalah ini sebenarnya merupakan petanda penting badan kita kekurangan air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah oksigen untuk sampai ke otak berkurangan dan inilah puncanya kita berasa mengantuk sehingga sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.

Fungsi air dalam badan

Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.

Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.

Kita digalakkan minum air 2 liter atau 8 gelas sehari. Kekurangan air dalam badan akan mencetuskan pelbagai implikasi. Antaranya:

1. Badan cepat letih
2. Dahaga
3. Ketegangan otot
4. Mengantuk
5. Air kencing sedikit dan pekat
6. Sakit kepala/migrain
7. Kulit menjadi kurang kenyal
8. Sembelit
9. Masalah buah pinggang

Pastikan anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis. Air yang bersih membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Air dalam badan, cepat mengantuk



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes