Wednesday, 19 June 2013

Home » » Tanda-Tanda Penyakit

Tanda-Tanda Penyakit


Berikut adalah antara tanda-tanda penyakit berdasarkan masalah pada organ badan kita. Sekiranya terdapat tanda-tanda berikut segelah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Rawatan segera dapat mengelakkan penyakit menjadi bertambah teruk.




MASALAH
TANDA & PENYAKIT








MATA (BERTINDAKBALAS DENGAN KEADAAN HATI)
Mata menjadi merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur

Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.




HIDUNG (HIDUNG MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN PARU-PARU DAN KERONGKONG).

Selesema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin

                       Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
BATUK
Batuk keluar kahak
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
 Batuk dan berasa gatal di kerongkong

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG



Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR (BERKAITAN DENGAN FUNGSI SISTEM PENGHADAMAN)


Bibir pucat

Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH : BERKAITAN DENGAN FUNGSI JANTUNG DAN SISTEM PENGEDARAN DARAH.
Lidah atau gusi bengkak, sakit
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berLebihan.
Mulut berbau busuk .
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: BERKAITAN DENGAN BUAH PINGGANG.
Telinga terasa tersumbat
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT BERPELUH
Peluh masin
Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau

Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

















SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sakit Sendi

Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas tangan kiri dan lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit tapak kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit tumit kaki

Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa panas di tapak kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin
Gatal di celah-celah jari kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/sakit di bahagian depan kepala

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/sakit di bahagian belakang kepala

Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga
Menandakan penyakit migrain.
Bisul terjadi di kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa pening yang memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar



MULUT/KERONGKONG/LIDAH



Loya/muntah  
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah darah

Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman







KENCING


Kerap kencing
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

Air kencing berkapur
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air kencing berminyak
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat berwarna coklat
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air kencing berdarah  
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.






BUANG AIR BESAR


Cirit-birit/kerap buang air besar
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit
Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis berdarah

Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis berwarna hitam
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
BADAN


Rasa sakit

Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan terasa berat/ malas/ lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan terasa panas  
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan terasa ringan
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku
RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


RASA BIMBANG DAN TAKUT  
Sistem paru-paru yang lemah

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB



a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.




Sumber:

Pn Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


Jom dapatkan vitamin Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik!

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes