Monday 17 June 2013

Home » , » Vitamin larut air dan larut lemak

Vitamin larut air dan larut lemak

Sumber gambar : Google

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), piridoksin (Vitamin B6), Folasin (Folat), kobalamin (Vitamin B12), vitamin B5 ( asam pantotenat), dan vitamin B8( biotin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.
Vitamin larut air amat penting untuk tubuh kita, kerana tubuh kita tidak boleh membina vitaminnya sendiri, dan kita sering kehilangan vitamin larut air melalui kencing. Jadi pengambilan vitamin larut air setiap hari secara berterusan adalah penting untuk memastikan bekalan vitamin B dan C sentiasa ada dalam tubuh.

Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.

kredit

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

bagus info ni...tak ramai yang nak ambil tahu pasal ni...

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. kepentingan vitamin larut air

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes