Saturday 27 October 2012

Home » » Apa itu vitamin dan kepentingan makan vitamin

Apa itu vitamin dan kepentingan makan vitamin


Vitamin memang dah sinonim dengan kehidupan kita. Ada bermacam2 vitamin di pasaran. Vitamin ni sebenarnya bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin membantu pertumbuhan proses protien, korbohidrat dan lemak dalam badan. Oleh yang demikian, dengan kata lain, vitamin ni memang perlu untuk badan kita. Ada pelbagai jenis vitamin yang mempunyai fungsi yang berlainan dalam badan kita.


Vitamin A : Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D : Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E : Untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K : Sesuai bagi yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Vitamin C : Mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

Vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B12) : Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisma.

Bagi anda yang memang tak suka nak makan, sayur, susu, ikan dan daging adalah digalakkan untuk makan vitamin bagi mengelakkan kehilangan vitamin dan mengakibatkan gejala penyakit akibat kekurangan vitamin. Contoh penyakit akibat kekurangan vitamin ialah rabun (Vitamin A) dan anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah).

Sedar tak sedar, sebenarnya vitamin ni ada di sekeliling kita. Kalau kita perhatikan makanan yang biasa kita makan ada vitamin. Contohnya lobak, kubis,tomato, limau, epal adalah merupakan sumber vitamin. Setiap jenis makanan tu mempunyai sumber vitamin yang berlainan.


1. Tomato kaya dengan vitamin A, C, serat dan zat besi
2.  Avokado kaya dengan khasiat protien,kalsium, zat besi, vitamin A dan C
3. Pisang mengandungi vitamin A dan C, potasium dan zat besi
4. Nanas mengandungi vitamin A, B dan C
5. Telur, susu, hati adalah sumber bagi vitamin A
6. Kekacang dan daging mengandungi vitamin B1
7. Keju, putih telur dan yogurt penyumbang kepada vitamin B2
8. Ubi kentang, sardin dan tuna adalah sumber untuk vitamin D
9. Sayuran berdaun hujau, kacang soya dan gandum kaya dengan vitamin E
10. Kubis dan daun salad penyumbang kepada vitamin K


Bagi anda yang susah nak makan makanan2 berikut, anda boleh cuba dapatkan vitamin yang dah ada di pasaran yang berbentuk tablet yang mengandungi vitamin2 yang diperlukan oleh badan kita. Sekiranya anda nak tahu lanjut tentang vitamin boleh hubungi saya.

Sumber : wikipedia
Berminat?

Hubungi atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes