Monday, 10 December 2012

Home » , » Apa itu kolagen?

Apa itu kolagen?

APA ITU KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis protien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadinya terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Kepentingan kolagen ialah:

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit di mana ia mempertingkatkan penghasilan   sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.


Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkab rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara
Payudara terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protien polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang
Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal dan melambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.

Melambatkan proses penuaan kulit
Kandungan kolagen di dalam kulit akan semakin berkurangan disebabkan peningkatan usia di mana kulit akan kelihatan kering dan kusam. Pengambilan kolagen yang berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti sakit sendi selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Berikut adalah tanda-tanda penuaan
- tak bermaya (kulit kusam)
- tiada seri
- kulit berkedut dan mula mengendur
- pigmentasi kulit
- cepat letih dan lesu
- sakit badan dan sendi
- mudah lupa
- kurang penglihatan

Adakah anda mengalami tanda-tanda berikut? Jangan biarkan anda tua sebelum usianya. Jom ambil kolagen sebagai makanan tambahan anda. Di Shaklee ada menawarkan collagen powder untuk mengatasi masalah kekurangan kolagen ini.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes