Terdapat banyak cara untuk mencari kebahagiaan. Contohnya memelihara haiwan, meditasi dan sebagainya. Menurut Dr. Drew Ramsey, pembantu profesor klinikal psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Columbia, makanan juga memainkan peranan dalam menentukan emosi gembira.
"Pilihan makanan akan menentukan kesihatan minda" Dr. Drew Ramsey
Mengambil makanan berasaskan warna pelangi bukan sahaja untuk awet muda dan tubuh sihat tetapi juga merangsang fungsi sel otak dan rasa gembira. Berikut disenaraikan Happy Meal sebenar. :)
Bunga kubis ungu
Kaya dengan vitamin B6 dan asid folik yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan neurotransmiter seperti serotonin dan dopamin. Paras serotonim yang r endah sering ditemui pada pesakit yang murung.
Walnut
Tinggi dengan asid oleik yang secara jelas dikaitkan dengan penurunan risiko depresi selain membantu penghadaman.
Tiram
Afrodisiak ini hadir dengan kandungan B12 yang cukup tinggi berperanan melindungi myelin - bahan yang menebat sel otak. Kehadirannya penting untuk membolehkan neuron berhubungan antara satu sama lain, yang menjadi asas untuk anda berfikir dan membuat keputusan.
Kacang merah
Selain merupakan antioksidan yang lebih kuat berbanding beri biru, kacang merah kaya dengan zat besi yang penting bagi mengelakkan gangguan otak.
Ikan bilis
Kaya dengan DHA, lemak omega-3 yang paling banyak terdapat dalam otak. Otak kita menggunakannya untuk menghasilkan hormon yang mencegah keradangan dan melindungi sel otak sewaktu anda stres. Paras yang rendah dikaitkan dengan kemurungan, gangguan bipolar dan ADHD.
Ubi manis
Akar berwarna oren ini mengandungi lebih banyak beta karoten berbanding lobak merah - vitamin yang dikaitkan dengan penurunan risiko demensia (nyanyuk). Ia juga kaya dengan B6, kompaun yang semakin banyak digunakan untuk merawat gangguan emosi.
Yogurt penuh lemak
Di samping probiotik, yogurt dikesan menunjukkan pengurangan aktiviti sel otak yang dikaitkan dengan kerisauan. Versi rendah lemak ternyata tidak memadai kerana kandungan lemak dalam yogurt akan bertindak sebagai perangsang otak yang sihat.Kredit: iSihat (Oktober 2013)
Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331
0 comments:
Post a Comment