Makan lewat malam memang dah menjadi kebiasaan sebab kadang kala kita dinner seawal 6-7 petang so bila dah lewat malam dan banyak keje nak dibuat perut jadi lapar. Walaubagaimanapun ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia
akan menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang
anda pilih.
Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat
kepada tubuh. Apabila
bercakap tentang snek sihat, burger dan ayam goreng tidak termasuk
dalam senarai ini. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat
berkanji dan lemak tinggi harus dielakkan kerana ia hanya akan
memberikan kesan negatif kepada anda. So elakkan maggi.. twisties dan
jajan2 lain.. coklat..
Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena

Yogurt
Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.

Pisang
Kalau anda nak tahu, kandungan karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita untuk berehat. (Lepas ni nak ambik pisang banyak2 lah kt kampung...huhuhu).
Roti gandum
Banyak khasiat yang boleh kita dapati daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad segar dan daging tanpa lemak mampu memberikan kesan kenyang dalam tempoh yang lama.
Pelbagai buah-buahan segar
Tidak dapat dinafikan, buah-buahan segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek.
Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331
0 comments:
Post a Comment