Sunday 28 July 2013

Home » , » Asid folik diperlukan wanita mengandung

Asid folik diperlukan wanita mengandung


Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin diperkuat dengan asid folik.

Asid folik amat diperlukan oleh wanita mengandung kerana asid folik menolong bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

" Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi safar tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal."

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Dalam trimester kedua pula iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Walaubagaimanapun, sekiranya anda meneruskan pengambilan asid folik sepanjang kehamilan tidak menjadi kesalahan.

Bagi anda yang merancang untuk hamil, adalah dinasihatkan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari dan kemuadian teruskan pengambilannya untuk 12 minggu pertama kehamilan. Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecaacatan yang sama. Oleh yang demikian, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Sekiranya anda mengambil ubat-ubatan bagi mengawal epilepsi, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Sumber asid folik dalam makanan

Asid folik, ibu mengandung
Sumber Asid Folik
Makanan yang mengandungi 100-200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • Bayam, 1 cawan
  • Kacang bendi, setengah cawan
  • Asparagus, setengah cawan
  • Lentil, setengah cawan
  • Hati, 1 keping
  • 11 batang taugeh brussels
  • Kacang mata hitam, 4 sudu makan
  • Emping bran, 7 sudu makan
  • Germa gandum, 25g/1 aun
  • Betik sederhana besar
Makanan yang mengandungi 50-100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • Brokoli kukus, 2 pucuk
  • Buah oren saiz besar
  • Nasi putih, setengah cawan
  • Kacang merah, setengah cawan
  • Jagung saiz besar,1
  • Biji bunga matahari
Sumber lain: Telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Peringatan!

Asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak. Oleh yang demikian, masaklah dalam kuali bertutup degan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan sumber-sumber berikut, anda boleh mendapatkan sumber asid folik bersama-sama dengan supplement B-Complex Shaklee yang diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik di samping mencegah tekanan darah merah di kalangan wanita hamil.

Kredit
Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes