Wednesday 28 August 2013

Home » , , » Apa itu Detox?

Apa itu Detox?




Detox

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Berikut adalah sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:
Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren

Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

Toksin

Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.

Adalah dicadangkan untuk anda mengambil Herb-Lax dan Alfalfa yang baik untuk penghadaman. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331



2 comments:

Hasliezah Lisz said...

Info yang bermanfaat. Terasa diri wajib detox ni. Terima kasih info

Fadhilah Aisyah said...

Terima kasih kasih info. Minta izin share

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes