Sunday 11 November 2012

Home » 5 perkara yang perlu dilakukan ketika pengambilan vitamin Shaklee

5 perkara yang perlu dilakukan ketika pengambilan vitamin Shaklee

Pengambilan vitamin adalah perlu bagi menjamin kesihatan badan yang berterusan. Namun adakalanya apa yang kita makan itu tidak memberi kesan ke atas badan kita. Kenapa? Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda lakukan ketika pengambilan vitamin Shaklee supaya anda akan mendapat manfaat daripada pemakanan vitamin tersebut.



1. Banyakkan pengambilan air kosong
Anda disarankan mengamalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika mengamalkan pengambilan  vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan vitamin ketiak hendak tidur sedangkan pada masa itu, kita kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu -satu masa. Ia juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Sekiranya anda makan ubat yang diberikan oleh doktor bagi tujuan pemantauan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak kerana ini akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Sebaik-baiknya, sediakan jadual makan ubat yang diberikan doktor dan vitamin. Boleh jarakkan pemakanan vitamin tersebut 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafien 
Pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum minuman yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan kafien bagi mengelakkan vitamin rosak.


5. Pantang larang makan vitamin
Pengambilan multivitamin yang lengkap degan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu kerana akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E  oleh tubuh badan manusia. Pengambilan alfalfa juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes