Sunday, 4 November 2012

Home » , , » Tips memilih protien soya yang baik

Tips memilih protien soya yang baik

Ada banyak bahan yang berasaskan soya di pasaran. Tetapi macammana untuk kita pastikan yang soya tersebut adalah yang terbaik?....Apa kriteria protien soya yang baik untuk kita amalkan? Berikut adalah antara tips bagi memilih protien soya yang terbaik.


1. Kacang soya mestilah Non GMO ~ apa itu non GMO? Sepertimana yang dah dinyatakan dalam produk ESP sebelum ini, non GMO  bermaksud kacang soya tersebut tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. Kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetiknya dah dimodified dan tidak lagi asli. Bila dah tak asli maka khasiatnya juga tidak lagi asli.

2. Kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik ~ maksudnya ditanam tanpa bahan kimia yang menyebabkan zat soya berkurangan selain zat kurang yang boleh menyebabkan kanser.

3. Protien soya mesti ada 9 asid amino lengkap ~ ini kerana badan kita memerlukan 9 asid amino ini yang diperolehi daripada sumber protien yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan. Asid amino pula digunakan untuk menghasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi dan lain-lain. Sekiranya satu jenis asid amino tak ada, maka immune sistem badan boleh berkurangan sebagai 30%.

4. Soya mesti dibersihkan/diasingkan dengan air bukan alkohol ~ Selain alkohol adalah haram bagi orang Islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavones dalam kacang soya.  Sekiranya soya tiada isoflavones khasiat soya langsung tidak wujud. Isoflavones juga terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. Oleh yang demikian, soya bukanlah penyebab kanser tetapi cara pemprosesan yang menyumbang kepada kualiti soya tersebut.

5. Proses pembuatan protien soya bukan melalui pemanasan ~ asid amino yang terdapat dalam protien soya adalah sangat sensitif kepada suhu yang tinggi.  Memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting yang penting sehingga 50%.

6. Bahan anti thyroid/anti growth substance mesti disingkirkan ~ cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protien soya tidak terjejas.

7. Product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium ~ ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah-faedah lain.

Produk ESP Shaklee mempunyai protien yang baik sepertimana yang dinyatakan di atas. ESP sangat sesuai dimakan kerana kandungan soyanya selamat untuk dimakan. So...apa lagi.....sekiranya berminat....boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes